Assalamualaikum .
Heh ! Siapa saya ? Itu tak penting untuk dikongsikan kerana saya rasa kalau pemilik tuan empunya nama ini tahu tentu dia pun sudah tentu tidak akan memilih saya untuk menjadi teman hidupnya . Saya kurang dari segala hal . Saya juga tak cantik seperti yang tuan empunya nama inginkan . Hmm , sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan tuan empunya nama sudah lama semenjak saya berada didalam Kem lagi . Setelah itu saya tidak sangka semuanya akan menjadi sebegini teruknya . Saya memang sukakan Aizat . Jujur saya cakap selepas saya putuskan BF saya kerana inginkan Aizat saya terus tak ada nafsu untuk mencintai lelaki lain dek kerana hati ini telah tertarik dengan Aizat . Boleh dikatakan setiap kali saya "On FACEBOOK" saya tak pernah jemu untuk stalk fb dia semata-mata untuk tahu perkembangan dia . Saya mula sedar yang saya mula jatuh cinta pada dia bila saya rasa ada rasa yang lain di dalam hati saya apabila dia melayani komen daripada perempuan yang tidak saya kenali di fbnya . Hmm , saya tidak menyimpan harapan yang tinggi kepada Aizat , tapi sekiranya saya di berikan peluang untuk tunjukkan rasa sayang saya pada dia . Insyaallah , i will . Saya tak tahu nak cuba luahkan macam mana dengan cara membuat blog ni dan meng-update semua tentang perasaan saya terhadap dia saja yang boleh menengakan saya apabila saya merindukan dia . Mungkin dari sini dia akan tahu betapa saya sayang kan dia . Saya tak kisah da siapa pun . Yang saya tahu hati saya menginginkan dia untuk hari dalam diri saya . Aizat ! Andai suatu hari awak terbaca blog ni . Saya harap awak faham tentang perasaan saya pada awak . Saya akan terus menulis dan menulis lagi tentang awak dalam blogg ni sehingga awak menjadi milik saya walaupun saya tahu itu mustahil .

No comments:
Post a Comment